Pertubuhan Anak Yatim Miskin Kelantan (PAYATIM Kelantan) PPM-010-03-02052017 merupakan sebuah organisasi tanpa keuntungan yang berasaskan kepada pertubuhan kebajikan awam. Pertubuhan ini diluluskan pada 2 Mei 2017 yang dahulunya dikenali sebagai Pertubuhan Anak Yatim Miskin Pasir Mas.
Mendaftarkan anak-anak yatim miskin, golongan asnaf fakir miskin, OKU terlantar, geladangan, muaalaf, pusat-pusat jagaan anak yatim dan tahfiz yang terabai dan lain-lain yang perkara yang patut diambil tindakan segera termasuk mangsa bencana.
Menyalurkan maklumat kepada Jabatan Kerajaan (JKM, MAIK, pemimpin masyarakat dan Agensi yang berkaitan) untuk dipertimbangkan kemudahan bantuan kepada mangsa keadaan yang terabai.
Memberi perkhidmatan kaunseling, memberi bantuan sementara dalam bentuk sumbangan kewangan, barangan keperluan harian, pakaian, pembaikian rumah dan lain-lain yang berkaitan.
Mengadakan kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Negeri, Daerah dan sekolah-sekolah bagi menganjurkan berbagai aktiviti bagi kepentingan pelajar, dalam mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan kualiti pendidikan serta kebajikan pelajar dalam golongan asnaf.
Membuat lawatan kerumah-rumah bagi meninjau keperluan semasa dan mengumpul maklumat terbaru sambil menyampaikan sumbangan mengikut keperluan.
"MEMBELA, MENDIDIK DAN MEMIMPIN KE JALAN ALLAH SWT"
- Memastikan masyarakat daripada golongan asnaf miskin dan anak yatim pulih daripada masalah kefungsian sosial.
- Mempromosi dan menyokong penyelesaian inovatif dalam menangani masalah sosial.
Aktiviti - aktiviti pemgumpulan dana bagi membina dan menguruskan sebuah pusat penjagaan anak yatim dan anak golongan asnaf berserta pusat pengajian pondok di Kg. Anak Keranji, Bunut Susu, 17020 Pasir Mas, Kelantan.